
BAITULMAQDIS : Tembakan yang dilepaskan oleh kereta kebal Israel menyasarkan sepanjang sempadan Syria di Bukit Golan yang didakwa suspek selepas mengesan kedudukan berhampiran tenteranya.
Menurut kenyataan ringkas tentera Zionis, suspek yang hampir dengan kedudukan mereka dikenal pasti dan melepaskan tembakan ke arah mereka.
“Suspek kemudian berpindah ke wilayah Syria,” kata kenyataan itu.
Dalam Perang Enam Hari 1967, Israel merampas sebahagian daripada Bukit Golan yang strategik iaitu bersempadan dengan Lubnan.
Menurut laporan Agensi berita rasmi Syria, SANA, hutan perkampungan Al-Hurriyah di wilayah Quneitra Syria yang bersempadan dengan bahagian yang diduduki Israel di Bukit Golan juga menjadi sasaran tentera Israel.
Menurut SANA, helikopter Israel dan pesawat peninjau turut terbang melalui kawasan itu.
Syrian Observatory for Human Rights, pemantau yang berpangkalan di UK, berkata kebakaran berlaku di hutan berhampiran kampung itu dan terdapat kelibat helikopter Israel, tetapi tidak menyebut mangsa.
Israel menganggap kawasan bahagian selatan Syria ini sebagai barisan hadapan kedua Hizbullah, seteru ketat Israel iaitu, Iran.
Sejak 2011 dan meletusnya perang saudara Syria, ratusan serangan udara dilakukan oleh Israel ke atas wilayah Syria, menyasarkan kedudukan kerajaan serta tentera sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah.
Pasukan Pertahanan Israel berkata, sebuah dron pemerhatian kecil Hizbullah ditembak jatuh yang terbang di atas sempadan Israel-Lubnan yang dikawal ketat. – AFP
oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today