Ulama terkenal meninggal dunia pada usia 95 tahun

MAGHRIBI : Sheikh Sidi Hamza al-Qadiri al-Boutchichi, seorang ulama sufi Maghribi terkenal yang didakwa berasal daripada silsilah Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia pada usia 95 tahun.
Menurut media tempatan, beliau meninggal dunia di bandar utara Qujda dan akan dikebumikan di kampung Madagh, tempat beliau dilahirkan.
Al-Boutchichi telah menjadi pemimpin Sufi, Qadiriya Boutchichiya, sejak 1972, dan mempunyai pengikut tempatan dan antarabangsa yang besar. Beliau dianggap sebagai keturunan Nabi Muhammad dan berasal daripada barisan pemimpin sufi. Dia dianggap sebagai ‘tuan’ oleh pengikutnya dan terkenal dengan ilmu dan kebaikannya.
Beliau menamakan anak sulungnya, Sidi Jamal bagi menggantikannya sebelum meninggal dunia. Dengan ratusan juta pengikut di seluruh dunia, mazhab sufi berakar umbi dalam budaya Maghribi serta seluruh Afrika Barat selain aktif di Turki, Asia Barat dan Asia Tengah.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM