SEPANG : Mangsa banjir di negeri Johor terus meningkat daripada 1,080 kepada 1,167 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS).
Sehubungan dengan itu, dua sungai di negeri itu membabitkan Sungai Segamat dan Sungai Muar sudah melepasi paras bahaya.
Peka dengan situasi tersebut, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama MAPIM Rangers terus melakukan persiapan untuk bergerak ke tempat kejadian.
Sebanyak 4 bot penyelamat yang akan digerakkan ke daerah negeri tersebut bagi melakukan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
Misi kali ini mensasarkan untuk menyelamatkan seberapa banyak mangsa yang terkesan akibat bah tersebut.
Menurut Setiusaha Agong MAPIM, Penolong Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam PPj. Kehormat (PA) Zulhanis Zainol, sebanyak 1000 kotak berisi makanan asas juga turut dibawa untuk diserahkan kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar kawasan banjir.
Kami menerima maklumat daripada sayap kiri kami iaitu MAPIM Rangers bahagian Johor bahawa di Segamat memerlukan bantuan segera. Kami juga turut membawa ambulans kami ke sana untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa banjir yang cedera
Dalam tempoh dua minggu ini, banyak negeri sudah pun dilanda musibah banjir ini. Negara turut diberi amaran awal bahawa gelombang kedua bakal berlaku dalam masa terdekat.
Pihak MAPIM Malaysia sedaya upaya mengerahkan tenaga mereka untuk membantu dan menyantuni mangsa banjir di seluruh negara.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Ikuti update terkini di Telegram rasmi MAPIM Malaysia, klik link dibawah
https://t.me/MapimMalaysia