Semasa

Amaran hujan berterusan buruk di Pahang dan Johor

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk di Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga esok, 4 Januari 2022.

Kemas kini yang dikeluarkan MetMalaysia setakat jam 1:10 tengah hari tadi, Rompin, Pahang dan Mersing, Johor dijangka berdepan hujan berterusan buruk.

Manakala, amaran hujan berterusan waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Kemaman di Terengganu, Maran Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang.

Di Negeri Sembilan kawasan yang terlibat adalah Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Selain itu, hujan berterusan waspada dijangka berlaku di Sabah iaitu di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Related Articles

Back to top button