DomestikKesihatanSemasa

MOBILE CLINIC: Banyak respon positif diterima

HULU LANGAT : Dalam pada kita hidup dengan penuh nikmat dan selesa, adakalanya kita perlu sedar akan orang sekeliling khususnya yang sangat memerlukan seperti golongan asnaf.

Demikian itu, dengan pelancaran Mobile Clinic ini adalah untuk memberi kemudahan dan berada dekat dengan lokasi bencana untuk memberi khidmar kesihatan percuma terutamanya kepada mangsa bencana.

 

Kegembiraan dan kepuasan para penduduk Sri Nanding sedikit sebanyak membawa khabar dan respon yang positif terhadap program klinik bergerak ini yang tercetus dari kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan MAPIM Malaysia.

Menurut mangsa banjir, Ridwan Jasmin, 58, berkata mangsa banjir mengalami kerosakan barangan rumah dan juga kenderaan akibat ditenggelami air menyebabkan mereka sukar untuk bergerak ke klinik andai terdedah kepada penyakit.

“Bagi saya, program sebegini sangat memberi impak yang baik serta perlu kerap digerakkan bagi memudahkan semua mangsa bencana untuk dapat rawatan. Saya amat berpuas hati dengan rawatan dan layanan yang diberikan.” katanya.

 

Selain itu, Sham Hasan, 40, menambah, program ini sangat memberi keberkesanan kepada masyarakat yang terjejas dan pelaksanaan klinik bergerak ini perlu diteruskan demi kebaikan bersama.

“Saya berharap agar dapat memperbanyakkan lagi kemudahan kerana terdapat rawatan yang terhad dan aktiviti seperti ini memang bagus kerana memberi perkhidmatan yang segera.” ujarnya.

“Ramai yang mempunyai kesulitan untuk mendapat rawatan di hospital dan sebagainya jadi apabila usaha ini digerakkan, ia sangat berdekatan kepada mangsa bencana untuk segera mendapat rawatan. Saya juga turut bersetuju untuk program ini diteruskan selamanya.” kata seorang kerani, Musliha Ali, 39.

Jumlah penduduk yang datang untuk pemeriksaan kesihatan menghampiri 50 jumlah pesakit dan antaranya 70 peratus daripadanya warga tua, 20 peratus warga muda dan 10 peratus kanak-kanak.

Ramai di kalangan penduduk tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas, mereka tetap gagah dan semangat untuk turun ke lapangan Mobile Clinic bertempat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sri Nanding demi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Rata-rata penduduk di situ mengalami penyakit ringan seperti krim gatal, ubat tahan sakit, ubat batuk dan sebagainya dan ada juga yang memerlukan rawatan segera oleh kerana kecederaan atau luka yang dialami akibat jangkitan kuman atau penyakit genetik.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Related Articles

Back to top button