DuniaSemasa

Arab Saudi kembali kuat kuasa penjarakan saf solat berjemaah

RIYADH : Penjarakan saf solat antara jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kembali dikuat kuasa bermula esok, jam 7 pagi.

Presiden Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci dalam satu kenyataan mengatakan pelaksanaan itu kembali diterapkan semula susulan penularan wabak Covid-19 varian baharu Omicron.

“Berdasarkan sumber rasmi badan Presiden Umum Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi keputusan itu diputuskan sebagai langkah pencegahan penularan.” merujuk perkongsian Haramain Sharifain di laman Twitter.

Sementara itu, pengagihan semula permaidani dan pengedaran jemaah haji di laluan tawaf secara maya dilaksanakan semula bagi memelihara kesihatan dan keselamatan jemaah haji.

Pada masa sama, kerajaan Arab Saudi menekankan penjagaan dan pematuhan SOP yang ditetapkan antaranya sentiasa memakai pelitup muka, mematuhi tarikh masuk mengikut permit yang dikeluarkan berdasarkan permohonan yang telah diluluskan.

Selain itu, menjaga penjarakan fizikal adalah antara yang ditekankan di dua masjid suci itu.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (MoI) Saudi melaporkan kes harian jangkitan Covid-19 di negara itu kembali menunjukkan peningkatan.

Dimaklumkan, sebanyak 602 kes jangkitan baharu direkodkan di Arab Saudi semalam dengan 147 kes sembuh dan satu kematian.

Related Articles

Back to top button