DuniaSemasa

Lombong emas runtuh di Sudan, lebih 30 terbunuh

KHARTOUM : Kejadian lombong emas runtuh di Sudan telah meragut sekurang-kurangnya 31 pelombong manakala lapan lagi hilang.

Ketua Syarikat Sumber Mineral milik kerajaan, Khaled Dahwa, di Kordofan barat berkata bencana itu berlaku berhampiran Nuhud, sebuah bandar kira-kira 500 kilometer (km) di barat Khartoum, kata

“Sekurang-kurangnya 31 pelombong terbunuh selepas lombong runtuh,” katanya sambil menambah seorang terselamat dan lapan lagi masih hilang.

Ketika kejadian berlaku, lombong tersebut telah ditutup oleh pihak berkuasa dan penghadang keselamatan juga telah dipasang, namun beberapa bulan lalu, mereka kembali,” katanya.

Sudan, salah satu negara termiskin di dunia, baru-baru ini mengalami inflasi berterusan dan memulakan reformasi sukar ekonominya, termasuk mengurangkan subsidi petrol dan diesel serta melancarkan pengapungan mata wang terurus.

Ia juga dilanda pergolakan politik susulan rampasan kuasa didalangi ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, pada 25 Oktober lalu.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button