Alhamdulillah! Lebih 6 bulan ibadah umrah bermula kembali
6,000 jemaah sehari bagi peringkat I
لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ
Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”
JEDDAH : Lafaz talbiyah terus kedengaran di Masjidil Haram oleh kumpulan jemaah umrah pertama selepas ibadah itu digantung selama lebih enam bulan oleh kerajaan Arab Saudi.
Hari ini lebih 1.8 bilion umat Islam gembira apabila ibadah umrah boleh ditunaikan bermula semalam di Makkah mengikut waktu tempatan.
Kumpulan jemaah pertama itu kini baru sahaja selesai menunaikan ibadah umrah mereka. Ibadah penuh emosi seperti yang dilaporkan melalui ciapan di halaman Twitter @haramaininfo
Ruangan Mataf dan perkarangan Masjidil Haram kini sedang disteril sebagai langkah keselamatan mengekang penularan pandemik Covid-19.
sumber:@Haramaininfo
Bermula jam 6:00 pagi waktu tempatan semalam kumpulan jemaah pertama memasuki Masjidil Haram dengan pemantauan ketat kesihatan.
Pelbagai kemudahan kesihatan disediakan termasuk mesin pengimbas haba, yang ditempatkan di pintu masuk dan di dalam Masjidil Haram bagi memantau suhu badan.
6,000 orang jemaah umrah ini adalah mereka yang diterima permohonan selepas berbuat demikian melalui aplikasi Eatmarna yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Lima lokasi berasingan ditetapkan iaitu di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha, bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidl Haram.
Arab News melaporkan kira-kira 1,000 petugas dilatih bagi memantau sepanjang proses ibadat umrah di Masjidil Haram.
Manakala kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman dilakukan seanyak 10 kali sehari Masjidil Haram juga akan melalui proses pembersihan dan nyahkuman sebanyak 10 kali sehari di antara giliran kumpuan jemaah.
Kawasan mataf yang terletak di sekitar Kaabah yang boleh memuatkan sehingga 2.5 juta jemaah dipilih sebagai lokasi bagi umat Islam menjalani ibadat umrah kali ini.
Ruang khusus yang ditandakan seperti mana pada ibadah haji baru-baru ini, juga dikekalkan bagi memudahkan jemaah sepanjang mereka berada di dalam Masjidil Haram.
Sistem penghawa dingin di Masjidil Haram juga dilengkapkan dengan teknologi pembersihan sinaran ultra ungu, sementara penapis udara pula akan dicuci sembilan kali sehari dalam tiga peringkat.
Turut diperkenalkan juga ialah Kammamat iaitu penutupan muka bagi menjamin keselamatan jemaah.
sumber:@Haramaininfo
Kerajaan Arab Saudi mengamil langkah drastik bagi memerangi penularan COVID-19 dengan menggantung pelaksanaan ibadat umrah dan ibadat solat di Masjidil Haram sejak Mac lalu.
Penerbangan antarabangsa juga dilarang ketika perintah berkurung dilaksanakan bagi mengelakkan peningkatan kes berikutan pandemik itu.
-Arab News
–
-muftiwilayah.gov.my