Mentakab : Menceritakan kembali keadaan pada hari berlakunya banjir besar di Mentakab, Zaitun binti Karim dari Kampung Lubok Kecemas memberitahu wartawan UmmahToday bahawa dia menyangkakan banjir kali ini biasa sahaja seperti tahun sebelumnya.
“Petang itu ketika air naik, orang kampung minta tinggalkan rumah. Kami pun tinggalkanlah, tapi tak bawa apa-apa. Biar macam tu sahaja,” kata Puan Zaitun.
Jadi Puan Zaitun amat terkejut ketika jiran mengambil gambar keadaan rumahnya semasa kemuncak banjir, air sampai ke bumbung. Ketika itu dia sudah tidak fikirkan apa-apa lagi selain berharap dan berdoa agar air banjir segera surut.
“Tidak sangka, habis semuanya. Almari, barang-barang rumah, tilam, dapur. Almari pun sudah sampai ke dapur. Bayangkan,” kata Puan Zaitun lagi.
Tambah Puan Zaitun, sebelum ini sekiranya banjir air cuma sampai ke hadapan surau, tetapi kali ini surau juga turut ditenggelami banjir menunjukkan betapa besarnya banjir yang melanda.
Puan Zaitun yang mempunyai empat orang anak kini tinggal bersama dengan anaknya dan masih dalam proses membersihkan rumahnya.
“Ketika mula-mula balik tu, memang tidak tidur malam tengok keadaan rumah.”
Walaupun banjir sudah surut, tetapi aliran air masih laju di sesetengah kawasan menuju ke bandar dan beliau tidak berani untuk keluar ke mana-mana.
Puan Zaitun ditemui dalam Misi Bantuan Bencana MAPIM Malaysia. Dalam misi itu MAPIM Malaysia dengan bantuan MAPIM Rangers yang membawa lebih 30 buah kenderaan pacuan empat roda sarat membawa barangan bantuan seperti, air minuman, toto, bantal, kain sejadah getah, susu, kain sarung wanita, kain pelikat, kain tuala, pelitup muka, pakaian dan tudung baharu, serta 150 kotak bantuan makanan.
Misi kali ini diketuai sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery dan Bendahari MAPIM Malaysia, Kapten Bersekutu (PA) Haji Faris Hussien.
Pasukan MAPIM Malaysia telah sempat kedua buah kampung yang terjejas teruk iaitu, Kampung Lubok Kecemas dan Kampung Baru Kapur Sekolah.
Menurut ketua misi, (Dr.) Sani, “Kemusnahan di sini buatkan kami meremang. Tidak dapat kami bayangkan betapa dahsyatnya banjir yang melanda di sini. Jadi kami berharap sedikit sumbangan MAPIM ini, akan mampu meringankan beban mereka. Kita perlukan lebih banyak sumbangan lagi kerana kemusnahan akibat banjir kali ini sangat luar biasa.”
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038