SALVADOR: Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan banjir kepada lebih 11,000 penduduk dan masing-masing hilang tempat tinggal di negeri Bahia, Brazil.
Setakat ini, hujan lebat itu sudah mengorbankan 17 orang sejak November lalu, dengan kematian terbaru pada Khamis lalu.
Seramai 4,185 penduduk cuba untuk mendapatkan tempat perlindungan selepas hujan lebat melanda 19 bandar termasuk Guaratinga, Itororo dan Coarachi.
Selain itu, seramai 11,260 penduduk lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dengan segera.
Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan bertungkus-lumus dalam menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada semua mangsa di kawasan yang terjejas akibat banjir.
Gabenor Bahia, Rui Costa, berkata pihaknya sudah mengambil semua pendekatan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan secepat mungkin kepada mangsa.
Dalam pada itu, banjir juga turut menjejaskan lampu trafik di 17 buah jalan dengan ada antaranya terjejas akibat tanah runtuh.
Di ibu negeri Bahia, Salvador , taburan hujan bulan ini direkodkan berjumlah 250 millimeter (mm) sehingga Jumaat lalu, lima kali ganda berbanding purata tahunan sebelum ini. – AFP
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today