BanjirSemasa

Bencana banjir ujian untuk kita semua

Pada ketika banjir melanda, ramai yang seperti lupa kepada dirinya sendiri. Lupa yang bagaimana? Lupa memberi ibrah dan mentafsir hikmah bencana banjir untuk dirinya sendiri, tetapi sentiasa ringan mulut atau jarinya memberi ibrah kepada orang lain, terutamanya kepada mangsa banjir.

Memang tidak salah, tetapi bagi memberikan hikmah atas bencana yang terjadi kepada mangsa banjir, perlukan seni dan ilmu yang tidak semua orang ada. Ini kerana sedikit kesilapan ia hanya akan menjadikan mangsa banjir tadi yang sudah sedia berduka, menjadi semakin luka hatinya. Malah dikhuatirkan mereka jauh pula dari agama.

Jalan selamat adalah, berikan dahulu hikmah dan pengajaran mangsa banjir itu kepada diri kita sendiri.

Menurut penasihat MAPIM Malaysia, Maulana Helmi, kita jangan tenang dan merasa selamat dengan amalan soleh kita. Memang benar kita tidak buat salah, tidak merompak, tidak mencuri, tidak berzina, tetapi kita hanya baik kepada diri sendiri. Tidak berusaha mencegah kemungkaran ataupun mengajak kepada kebaikan, mudahnya terlupa untuk berdakwah.

Merasakan hanya cukup diri sendiri sahaja yang baik. Sedangkan mereka terlupa sekiranya sahaja Allah mahu menurunkan bala kepada pelaku maksiat, ia juga akan terkena kepada diri sendiri.

Jadi, dalam bencana banjir ini, banyakkan istighfar kepada Allah kerana khuatir kita merasakan kita yang tidak terkena banjir sudah cukup bagus, atau merasakan yang terkena musibah banjir itu adalah orang-orang berdosa.

Hakikatnya, bencana banjir adalah ujian untuk kita semua. Tidak ada siapa yang tahu apa tujuan sebenar Allah mendatangkan air yang tidak putus-putus mencurah dari langit ini. Yang kita perlu tahu, kita semua hanya hamba yang tidak akan pernah lepas lari daripada ujian-Nya.

Pesanan itulah yang sentiasa diulang-ulang oleh pimpinan MAPIM Malaysia kepada setiap sukarelawan ketika turun memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Bekerja sambil ambil pengajaran untuk diri sendiri terlebih dahulu.

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button