Covid19Dunia

Simpanan rekod vaksinasi Covid-19 melalui suntikan mikrocip

STOCKHOLM : Mikrocip bersaiz sebutir beras ciptaan sebuah syarikat di Sweden, Epicenter boleh ditanam di dalam kulit manusia.

Menurut laporan laman berita Wion News semalam, rekod vaksinasi Covid-19, data pasport dan pembayaran tanpa tunai boleh dilakukan menerusi cip pelbagai fungsi tersebut.

Menurut ketua pegawai pengedaran Epicenter, Hannes Sjöblad, implan adalah teknologi serba boleh yang mampu digunakan untuk pelbagai perkara.

Cip tersebut menggunakan protokol komunikasi medan dekat (NFC) dan memindahkan data melalui gelombang elektromagnet.

Kira-kira 6,000 orang di Sweden telah menerima suntikan cip tersebut pada tangan mereka.

‘’Rekod vaksinasi Covid-19 boleh disimpan dengan mudah dan sentiasa boleh diakses pada implan seseorang.

‘’Ia masih boleh diakses walaupun telefon anda kehabisan bateri, kami menjangkakan bahawa tahun depan kami akan menggunakannya untuk sesuatu perkara lain,’’ katanya.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Patrick Mesterton berkata, ‘faedah terbesar yang saya fikir adalah kemudahan’.

‘’Secara asasnya ia menggantikan banyak alatan yang anda miliki termasuk peranti komunikasi lain, sama ada diguna untuk kad kredit atau sebagai kunci,’’ jelasnya.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button