Semasa

Plaza tol, persimpangan Shah Alam masih ditutup akibat banjir kilat

KUALA LUMPUR : Plaza tol dan persimpangan Shah Alam masih ditutup susulan banjir kilat yang berlaku sejak Sabtu lalu.

PLUS Malaysia Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat 7 pagi tadi, usaha menyelamat dan memberi bantuan bersama-sama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diselaraskan dan berjaya mencapai lebih 226 mangsa sebelum menempatkan mereka di lokasi selamat di sepanjang lebuh raya.

Dalam pada itu, PLUS kerja-kerja pemantauan keadaan semasa diteruskan, kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas juga sedang dilaksanakan.

“Orang ramai yang merancang untuk bergerak pergi dan keluar dari lokasi-lokasi ini dinasihatkan untuk menangguhkan rancangan mereka sehingga notis selanjutnya atau mencari laluan alternatif,” katanya.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di laman web PLUS, www.plus.com.my dan media sosial termasuk Twitter PLUSTrafik, Facebook PLUS Malaysia serta Aplikasi PLUS.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button