DuniaSemasa

Majlis Ulama Indonesia larang umat Islam ucap ‘Selamat Hari Natal’

JAKARTA : Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Utara mengisytiharkan larangan umat Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Natal’ kepada penganut yang meraikan perayaan itu kerana dianggap tidak bertepatan dengan syariat Islam, lapor CNN Indonesia.

Berdasarkan kenyataan yang termaktub dalam Tausyiah MUI Sumatera Utara, umat Islam tidak dibenarkan mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kerana hari natal itu merupakan perayaan yang tidak dapat dipisahkan  daripada nuansa keimanan yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.

Pada 9 Disember lalu, Ketua Umum MUI Sumatera Utara, Maratua Simanjuntak dan Setiausaha Agung MUI Sumatera Utara, Asmuni menandatangani dokumen Tausyiah MUI Sumatera Barat Nombor 39/DP-PII/XII/2021 yang mengandungi perkara tersebut.

Selain  itu,  umat Islam juga tidak dibenarkan menyertai sambutan Krismas bersama penganut kristian seperti yang ditetapkan berdasarkan Fatwa MUI Nombor 1 Tahun 1981 mengenai Perayaan Natal Bersama.

“Adalah haram bagi umat Islam menyertai majlis Krismas bersama-sama. Oleh itu umat Islam dinasihatkan supaya tidak menyertai sambutan Krismas agar tidak terjerumus ke dalam syak wasangka dan larangan Allah SWT,” demikian perkara dalam tausyiah tersebut.

MUI Sumatera Utara juga menyeru kepada umat Islam agar tidak membakar mercun pada malam Tahun Baharu 2021 hingga 2022 kerana ia perbuatan yang menyalahi undang-undang mengikut Fatwa MUI Sumatera Utara Nombor 03 Tahun 2017.

Related Articles

Back to top button