Covid19Dunia

Varian terbaharu Delta, ‘sub-lineage AY.4’ dikesan di China

BEIJING : Kes pertama jangkitan varian Omicron Covid-19 dikesan di bandar utara Tianjin, China melibatkan varian Delta terbaharu iaitu ‘sub-lineage AY.4

Sebanyak 138 kes disahkan sebagai penularan tempatan varian terbaharu tersebut termasuk satu kes pembawa tanpa gejala sejak 5 hingga 12 Disember.

Menurut agensi berita Xinhua, jangkitan itu dikesan daripada seorang pengembara yang tiba dari luar negara pada 9 Disember,  sambil menambah bahawa pesakit itu kini dirawat secara berasingan di hospital bandar.

Laporan itu memetik seorang pegawai Zhejiang dari pusat kawalan dan pencegahan penyakit wilayah yang memaklumkan bahawa AY.4 lebih mudah berjangkit dan mengandungi bilangan partikel virus lebih tinggi.

Menurut pihak berkuasa, daripada 138 kes yang dilaporkan di Zhejiang, sebanyak 44 kes dilaporkan di Ningbo, 77 kes di Shaoxing dan 17 kes di Hangzhou.

Bagi mengelak virus itu daripada terus merebak, pihak berkuasa tempatan telah mengehadkan perhimpunan awam dan perjalanan ke luar negara.

Menurut data Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, 101 kes disahkan Covid-19 direkodkan di China pada Ahad, dengan 80 dikaitkan dengan penularan tempatan dan 21 dikaitkan dengan penularan luar negara.

Dalam pada itu, lonjakan kes Covid-19 yang terlalu lama sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk dijadualkan berlangsung di Beijing pada Februari 2022 itu menyebabkan kebimbangan pihak berkuasa China.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button