Semasa

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan waspada di negeri Pantai Timur

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada di tiga negeri meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Amaran WASPADA ini dijangka berlaku sehingga 16 Disember di negeri Pantai Timur manakala di Pahang beberapa kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Jerantut.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, berkata sistem cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka bergerak ke arah barat menghampiri kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang esok.

Sekali gus, menyebabkan peningkatan kelembapan dan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan di Pantai Timur sehingga mengakibatkan risiko kenaikan paras laut.

 

Related Articles

Back to top button