Pasukan bola sepak Algeria kibar bendera Palestin selepas tewaskan Maghribi
Pasukan kebangsaan Algeria mengibarkan bendera Palestin selepas berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Arab Fifa di Qatar.
Isyarat solidariti bersama Palestin dilakukan selepas Algeria mengalahkan Maghribi menerusi sepakan penalti (5-3).
Isyarat solidariti dengan Palestin adalah perkara biasa dalam pertandingan sukan Arab.
Tetapi isyarat Algeria kali ini mempunyai kepentingan yang istimewa dalam konteks pendirian terkini yang diambil oleh negara itu dalam menentang normalisasi hubungan diplomatik Maghribi dengan Israel.
Perjanjian tersebut menerima kecaman hebat oleh Palestin sebagai tindakan “pengkhianatan” perjuangan mereka menentang rejim Israel.
Algeria telah lama menjadi salah satu negara paling lantang di Afrika Utara yang menyokong rakyat Palestin, dan berita bahawa Maghribi telah merasmikan hubungan diplomatik dengan Israel mencetuskan kemarahan daripada pegawai dan rakyat Algeria.
Hubungan antara kedua-dua negara jiran Afrika Utara itu telah tegang sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan pelbagai pertikaian wilayah.
Algeria turut mengumumkan pada Ogos bahawa ia secara rasmi memutuskan hubungan dengan Maghribi.
Perjalinan semula hubungan Rabat dengan Israel pada akhir tahun lalu – sebagai sebahagian daripada desakan Presiden AS Donald Trump untuk normalisasi di rantau itu
Ia disertai dengan pengiktirafan AS terhadap kedaulatan Maghribi ke atas Sahara Barat, mencetuskan semula ketegangan dengan Algiers.
Maghribi menuntut kedaulatan penuh ke atas wilayah itu, manakala Algeria menyokong tuntutan Barisan Polisario untuk referendum mengenai penentuan nasib sendiri di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Algeria akan menentang tuan rumah Qatar pada separuh akhir, yang dijadualkan berlangsung pada 15 Disember.
-AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia