Tempoh tahanan warga Palestin dilanjutkan meskipun alami masalah kesihatan serius
Mahkamah Israel menolak rayuan untuk menamatkan penahanan pentadbiran seorang warga Palestin Hisham Abu Hawwash.
Ini merupakn kali keempat tempoh penahanan Hisham dilanjutkan meskipun beliau kini sedang mengalami masalah kesihatan yang serius.
Hisham Abu Hawwash, 42, telah melancarkan mogok lapar selama 118 hari sebagai protes terhadap penahanannya secara haram sejak Oktober 2020.
Dia dikurung bersendirian di dalam bilik berkunci di hospital Perkhidmatan Penjara Israel dan kini mengalami berat badan susut secara mendadak dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Penahanan pentadbiran Israel adalah dasar yang sangat kontroversi digunakan terhadap rakyat Palestin yang membenarkan penahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan untuk tempoh tanpa kemukakan rayuan atau mengetahui tuduhan yang dilemparkan kepada yang ditahan.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia