Dunia

Lebih 70 mangsa terkorban akibat puting beliung di AS

KENTUCKY: Lebih 70 mangsa dilaporkan maut setakat ini selepas puting beliung melanda Amerika Syarikat (AS) membabitkan lima atau lebih negeri.semalam dan masih berterusan hingga ke hari ini.

 

Gabenor Kentucky, Andy Beshear, angka tersebut mungkin akan meningkat sehingga mencecah 100 dalam kejadian yang disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah negeri tersebut.

 

Menurutnya, ketika puting beliung menyerang kira-kira 110 orang dilaporkan terperangkap dalam sebuah kilang membuat lilil di Mayfield manakala puluhan kakitangan dikhuatiri maut.

 

Tambahnya usaha mencari dan menyelamat mangsa ketika ini sedang giat dijalankan dan sekurang-kurangnya 40 orang telah diselamatkan di kilang lilin berkenaan.

 

Terdahulu, puting beliung memusnahkan gudang besar Amazon di Illinois, di mana media tempatan melaporkan sekitar 100 pekerja terperangkap ketika bekerja lewat bagi menguruskan penghantaran barangan sempena sambutan Krismas.

 

Beshear berkata, puting beliung itu melanda negeri terbabit secara berterusan dengan kelajuan mencecah 320 kilometer sejam disusuli sekurang-kurangnya empat puting beliung berbeza.

 

“Ia melanda Mayfield dengan dahsyat hampir di semua bandar, saya tidak pernah lihat kejadian seperti ini.

 

“Tiang besi patah, bangunan musnah, kenderaan berat diterbangkan angin. Rumah kediaman turut musnah dalam kejadian,” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk Kentucky untuk mengutamakan keselamatan sambil memberi amaran supaya penduduk menjauhi jalan raya berikutan pasukan SAR giat melakukan usaha menyelamat.

 

Beshear turut mengisytiharkan darurat dan memohon bantuan pasukan Pengawal Persekutuan turut turun padang bagi membantu.

 

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button