Dunia

Palestin alu-alukan bantahan dunia projek penempatan haram Israel

RAMALLAH : Pendirian komuniti antarabangsa yang menentang pembinaan semula 9,000 penempatan Israel di Baitulmaqdis Timur disambut baik oleh pihak Palestin.

 

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan berkata, usaha mempersiapkan suasana bagi memulakan proses keamanan sebenar di Asia Barat harus dipertingkatkan mengikut rujukan keamanan antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Kementerian itu turut ia sebagai ‘langkah praktikal menuju ke arah yang tepat’, dan ‘lebih banyak tindakan diperlukan bagi mencapai matlamat menghentikan penempatan Israel’.

 

Dalam pada itu, Kementerian itu turut berkata langkah yang praktikal haruslah diambil oleh pihak Amerika Syarikat (AS), khususnya dengan pembukaan semula konsulat AS bagi mengurskan hal ehwal Palestin di Baitulmaqdis Timur.

 

Pada Selasa, media Israel melaporkan projek pembinaan lebih 9,000 kediaman di kawasan lapangan terbang (Atarot/Qalandia) ditangguh berikutan permohonan kaji selidik bagi mengenal pasti impak alam sekitar bagi projek berkenaan.

 

Proses bagi mendapatkan kelulusan permohonan tersebut dijangka mengambil masa beberapa bulan.

 

Sementara itu, Kementerian Luar Palestin turut membangkitkan mengenai kempen mengelirukan mengenai projek penempatan projek secara umum, khususnya sejak jawatankuasa itu menangguhkan kelulusan projek dan tidak membatalkannya.

 

Untuk rekod, Israel menceroboh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang dituntut Palestin, ketika perang Asia Barat 1967 dan mengawal kawasan terbabit sejak itu.

 

Menurut anggaran Israel dan Palestin, kira-kira 650,000 penduduk Israel menetap di 164 penempatan dan 124 kawasan pinggiran di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

 

Langkah memperluaskan penempatan Israel menjadi isu paling hangat dalam konflik Palestin-Israel dan menjadi antara faktor utama rundingan damai antara kedua-dua pihak tergendala sejak 2014.

 

*Diolah dan disunting daripada artikel BERNAMA


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button