Semasa

Penjarakan sosial, pelitup muka penting di masjid Saudi

RIYADH : Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan telah menekankan keperluan bagi mengambil langkah berjaga-jaga di masjid termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka untuk melindungi jemaah daripada virus Covid-19.

Kementerian itu berkata ia perlu sentiasa mengemas kini panduan kesihatannya dan berusaha melaksanakannya. Kementerian juga menyeru imam dan pendakwah bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan awam dan mematuhi peraturan.

Kementerian menyeru jemaah yang menyaksikan sebarang kegagalan mematuhi garis panduanĀ  bagi melaporkannya kepada pihak berwajib.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button