MAKASSAR : Sebanyak empat perkampungan di tiga buah daerah Soppeng, Sulawesi Selatan ditenggelami banjir akibat hujan lebat berterusan sehingga air di tiga sungai melimpah keluar.
Menurut Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Soppeng, tiga sungai yang melimpah keluar ialah Sungai Paddangeng, Sungai Lawo, dan Sungai Belo.
Tambah BPBD, sehingga hari ini genap tiga hari hujan lebat di wilayah Sulawesi Selatan dengan intensiti tinggi.
Kawasan yang ditenggelami air melibatkan daerah Lalabata, Desa Belo di daerah Ganra dan Desa Paddangeng di daerah Donri-Donri.
Banjir tersebut mengakibatkan kerosakan pada dua buah unit rumah dan berdasarkan laporan CNN Indonesia, kebanyakan barangan penting dilihat hanyut dibawa arus air.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir belum dikenal pasti oleh pasukan BPBD Kabupaten Soppeng.
Pelaksana Tugas (PLT) Gabenor Sulawesi Selatan,Ā Andi Sulaiman telah mengemaskini senarai nama mangsa banjir yang memerlukan bantuan.
“Ketika ini, barang bantuan logistik dan juga barang keperluan keluarga sedang disiapkan untuk dihulurkan kepada mangsa banjir di daerah Soppeng, Sulawesi Selatan.
Tambah Andi, beliau menggesa pihak BPBD supaya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ekoran cuaca yang tidak menentu.