Dunia

Lebih 50 maut dalam konflik puak di Darfur, Sudan

KHARTOUM : Konflik yang berlaku antara puak di Darfur, Sudan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang terkorban.

Menurut Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan, sebanyak 48 kematian direkodkan akibat ditembak manakala ramai lagi yang mengalami kecederaan serta beberapa orang berada dalam keadaan kritikal berikutan konflik di kawasan Kirainik, di Darfur.

Dalam satu laporan berasingan, penyelaras am pelarian dan orang kehilangan tempat tinggal di Darfur mengesahkan puluhan orang terbunuh atau cedera akibat serangan sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan Kirainik di Darfur.

“Keganasan meletus di kawasan itu selepas kumpulan bersenjata membunuh dan mencederakan beberapa orang pelarian domestik (IDP) serta membakar kem IDP dan pasar di kawasan Kirainik di Darfur,” menurut NGO itu.

Sementara itu, Gabenor Wilayah Darfur Arko Minni Minnawi berkata mobilisasi dan perpecahan puak sedang dilakukan sebagai langkah untuk mengelakkan perkampungan dibakar serta peningkatan konflik.

Untuk rekod, perang saudara yang tercetus sejak 2003 menyebabkan Darfur dicengkam semasa pemerintahan bekas Presiden Omar al-Bashir, yang digulingkan pada April 2019.

Walaupun perjanjian yang dicapai pada 3 Oktober 2020 dengan mengadakan kerajaan peralihan di Sudan sebagai usaha untuk menamatkan konflik, namun masih ada beberapa kumpulan bersenjata belum menandatangani kesepakatan itu.

Banyak faktor menyumbang kepada peningkatan keganasan di Darfur termasuk gangguan keselamatan dan akses puak kepada senjata, selain banyak bahagian di wilayah itu tidak mempunyai tadbir urus yang berkesan.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button