Rakyat Palestin dipaksa robohkan rumah sendiri
BAITULMAQDIS : Sebuah keluarga kecil Palestin diarahkan untuk merobohkan rumah mereka yang terletak di kawasan kejiranan Beit Hanina oleh pihak berkuasa Israel.
Moath Rajabi, seorang rakyat Palestin yang baharu sahaja menyiapkan rumah yang dibina itu terpaksa merobohkan rumahnya sendiri untuk mengelak daripada membayar denda tambahan yang dikenakan pihak Israel.
Rajabi berkata beliau menerima arahan untuk merobohkan rumah dua minggu lalu oleh majlis perbandaran Israel, dengan alasan membina rumah tanpa permit.
Rajabi, yang juga bapa kepada tiga orang anak, berkata beliau dan keluarganya baru 45 hari menetap di rumah itu dan kini, mereka tidak mempunyai tempat tinggal.
Pendatang Israel dengan sengaja menggunakan alasan pembinaan ‘haram’ demi menghalau penduduk Palestin daripada terus tinggal di Baitulmaqdis.
Pada masa sama, Israel giat membina puluhan ribu unit rumah di tanah yang sama bagi memberi ruang dan peluang kepada pendatang Israel untuk berkembang di situ.
‘Israel’ telah memindahkan ramai keluarga Palestin keluar dari kawasan kejiranan Baitulmaqdis sejak 1980-an.
Beratus-ratus keluarga Palestin diancam dengan pemindahan paksa dan perobohan rumah oleh kumpulan peneroka haram yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Israel.
Terdapat hampir 700,000 pendatang Israel tinggal di 256 penempatan haram dan pos terpencil yang semakin meluas di seluruh Tebing Barat, termasuk bahagian timur Baitulmaqdis.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia