DomestikSemasa

“Hampir setiap tahun perkara sama berlaku”

RAUB : Sayu hati melihat barang-barang berharga musnah akibat terkena air banjir yang melanda baru-baru ini di Raub.

Namun, tragedi banjir ini bukanlah kali yang pertama berlaku, malah hampir setiap tahun perkara yang sama berlaku sehingga penduduk di sini sudah lali dan bersiap siaga lebih awal apabila hujan lebat turun.

Walau bagaimanapun, dalam musim pandemik ini perasaan sedih tetap terbuku di hati mereka memikirkan kerugian yang harus ditanggung setiap kali bah berlaku, bekalan makanan pun kadang-kadang ada kadang-kadang tiada.

Menurut seorang penerima bantuan, Osman Awang, 70, dia berasa terharu sehingga mengalirkan air mata apabila melihat ada pihak yang sudi datang dari jauh untuk menghantar bantuan dan bertanyakan khabar.

“Saya kagum melihat semangat anak-anak muda seperti kalian semua yang terlibat dalam kerja-kerja bantuan ni. Terima kasih sebab sudi datang, setiap tahun benda sama jadi, dekat dua hari nak bersihkan rumah,” katanya ketika ditemubual Ummah Today.

Hari ini, kumpulan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama MAPIM Rangers turun ke bumi Raub untuk menyantuni masyarakat yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM, Mejar (PA) Zulhanis Zainol, penubuhan MAPIM Rangers adalah satu inisiatif mereka agar bantuan cepat sampai ke lokasi apabila berlakunya bencana.

“Sebanyak 40 kotak telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir, manakala empat buah keluarga menerima sumbangan sepasang bantal dan toto.

Mejar Bersekutu (PA) Zukhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia

“Bantuan kami bukanlah boleh menyelesaikan masalah, tetapi ia sebagai tanda ingatan dan merapatkan silaturrahim serta menyantuni ummah yang kurang bernasib baik,” katanya.

MAPIM Rangers yang terdiri daripada kelab pacuan empat roda membantu memberi maklumat lebih awal kepada MAPIM tentang keadaan di lokasi bencaba dan melancarkan lagi proses pengagihan bantuan.

 

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button