Semasa

Kes buli di kem askar, Hishammuddin arah lapor segera

KUALA LUMPUR : Tular di media sosial mesej ringkas yang dikongsi di laman Twitter @pedoqpop berkenaan kes buli di sebuah kem askar yang mendakwa adiknya menjadi mangsa buli.

Ciapan Twitter itu sekali gus, mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggesa individu tersebut untuk membuat aduan terus ke Kementerian Pertahanan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM (mesej terus) butiran lebih terperinci kepada saya atau hubungi pejabat saya  segera.

“Jangan risau identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil,” ujarnya, hari ini.

Semalam berdasarkan pekongsian @pedoqpop, individu terbabit memberitahu bahawa adiknya yang tinggal di kem bujang di buli oleh 12 hingga 14 senior.

Bukan itu sahaja, adik individu tersebut turut menjadi mangsa ‘pau’ duit dan diminta untuk membeli barang-barang keperluan mereka sehingga habis gajinya.

Tambah individu yang minta identitinya dirahsiakan berkata, adiknya takut untuk membuat aduan kepada pegawai atasan kerana bimbang insiden yang menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) terjadi pada dirinya.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button