NABLUS : Pihak berkuasa Israel mengarahkan rakyat Palestin menghentikan pembinaan 32 rumah di kampung Qusra, tenggara Nablus, lapor sumber tempatan.
Timbalan ketua majlis kampung, Imad Jamil, berkata pasukan Israel menyampaikan arahan menghentikan pembinaan 32 rumah selain perintah merobohkan bangsal pertanian di kampung itu.”
Rumah-rumah tersebut dimiliki oleh rakyat Palestin dan ia sedang dibina di atas tanah persendirian Palestin.
Menurut Jamil, kebanyakan rumah itu sudah didiami dengan menyatakan 25 keluarga tinggal di 20 rumah.
“Jika rumah-rumah ini dirobohkan,” semua keluarga ini akan kehilangan tempat tinggal dan anak-anak mereka tidak mempunyai tempat berteduh.”
Di Baitulmaqdis, tentera Israel merobohkan sebuah kedai yang menjual bahan binaan.
Sementara itu, agensi berita Palestin Wafa melaporkan di jalan antara Jenin dan Nablus, rejim Israel memberi arahan perobohan dan memaksa menghentikan pembinaan rumah untuk rakyat Palestin.
Oleh Hafeez Anuar
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia