BAITULMAQDIS : Tentera Israel, meroboh sebuah bengkel milik warga Palestin di bandar Anata, timur laut bandar Baitulmaqdis yang dicerobohi dengan menggunakan jentera berat.
Dengan alasan tidak mempunyai permit pembinaan yang dikeluarkan Israel, sumber tempatan berkata tentera Israel mengiringi jentolak ke kawasan itu dan mula merobohkan bengkel milik persendirian warga Palestin di bandar Anata selepas menyerbunya.
Bengkel yang digunakan untuk bahan binaan itu adalah milik Mousa Zeiad Jerusalemite.
Mendapatkan permit bangunan Israel di Baitulmaqdis adalah satu perkara yang mustahil, ia memaksa rakyat Palestin mengambil risiko membina tanah mereka tanpa permit.
Hampir 75 peratus permohonan untuk mendapatkan permit oleh warga Palestin Baitulmaqdis ditolak oleh perbandaran Israel, menurut kumpulan hak asasi manusia.
Dengan menggunakan alasan pembinaan secara haram, ‘Israel’ merobohkan rumah dan struktur secara berkala untuk menyekat pengembangan Palestin di Baitulmaqdis.
Pada masa yang sama, majlis perbandaran Israel dan kerajaan membina puluhan ribu unit rumah di penempatan haram di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk orang Yahudi dengan matlamat untuk mengimbangi keseimbangan demografi yang memihak kepada peneroka Israel.
Israel telah memindahkan warganya ke kawasan kejiranan Baitulmaqdis yang diduduki sejak 1980-an. Ini telah mengakibatkan banyak pencabulan hak asasi manusia, termasuk pemindahan secara paksa penduduk Palestin dan perobohan rumah dan struktur.
Untuk rekod, hampir 700,000 peneroka Israel yang tinggal di 256 penempatan haram dan pos terpencil di seluruh Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur.
Tindakan kejam itu adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia