Semasa

MyAD adakan kebersamaan kalangan ahli MyAD

BANGI : MY AQSA DEFENDERS (MyAD) melakar satu lagi sejarah apabila berjaya mengadakan STAKEHOLDER ENGAGEMENT SESSION (MYADSES).

Majlis ini dihadiri Nadir Al-Nuri iaitu ketua pegawai eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia secara atas talian dari Gaza, Palestin dan juga ketua-ketua pertubuhan bukan kerajaan lain seperti MAPIM Malaysia, Muslim Volunteer Malaysia, Cinta Gaza Malaysia, Cinta Syria Malaysia, Global Peace Mission, Cakna Palestin, Serantau Muslim dan Azhar Care di Ummah Hall, Bandar Sri Putra, Selangor.

Majlis dimulakan dengan ucapan Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Mejar Zulhanis Zainol. Ia banyak menyentuh berkenaan perancangan pada tahun 2022.

Majlis diteruskan dengan penerangan program yangdibentangkan oleh Khalid Al-Walid, Pengarah Urusan Philandure Sdn Bhd. Ia bagi mendapatkan input daripada pemegang taruh MyAD dan penerangan tentang hala tuju MyAD.

Menurutnya, program MyAD Stakeholder Engagement Session dilaksanakan atas tujuan menjadi jambatan antara sekretariat MyAD dan ahli-ahli gabungan keseluruhannya.

Ia juga memberi penerangan berkenaan hala tuju MyAD selain mendapatkan input-input daripada kalangan ahli berkenaan harapan serta perkara yang boleh ditawarkan daripada kedua-dua belah pihak, bagi memastikan kejayaan MyAqsa Defenders dalam melaksanakan objektif penubuhannya.

 

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button