Malaysia enggan benarkan pasukan skuasy Israel masuk ke negara

Malaysia tekad untuk tidak membenarkan pasukan Israel yang ingin menyertai Kejohanan Skuasy Dunia untuk masuk ke negara ini.
Susulan itu, persatuan skuasy Israel menggesa Persekutuan Skuasy Dunia mewajibkan Malaysia meluluskan kemasukannya ke negara itu bagi mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Ia akan diadakan kira-kira dua minggu di Kuala Lumpur, namun permintaan itu ditolak.
Dalam pada itu, persatuan skuasy Israel juga mengugut untuk menyaman Persekutuan Skuasy Dunia jika mereka tidak memastikan penyertaan pasukan Israel dalam kejohanan dunia.
Pertandingan itu, yang akan bermula pada 7 Disember, pada asalnya ditetapkan untuk diadakan di New Zealand, tetapi ditukarkan ke Malaysia akibat sekatan Covid-19 di New Zealand.
Rejim Israel tidak pernah berhenti melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan banyak kematian sejak bertahun lamanya.
Tindakan ini membuktikan solidariti negara Malaysia kekal kukuh bersama dengan rakyat Palestin.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia