47,748 banduan penjara telah lengkap vaksin
KUALA LUMPUR : Seramai 47,748 tahanan penjara telah lengkap vaksin Covid-19 setakat 16 November lalu.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, tahanan dari 42 penjara di seluruh negara telah diberi vaksin lengkap.
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil maklum dan mengesahkan bahawa kakitangan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing memberikan imunisasi kepada banduan, seperti di penjara dan depoh imigresen.
“Kecuali beberapa depoh di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu boleh dikatakan semua banduan telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin di 21 depoh imigresen di seluruh negara,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), yang meminta kerajaan mempercepatkan pemberian imunisasi terhadap banduan di penjara dan kemudahan tahanan imigresen.
Seterusnya, Khairy menyatakan bahawa dos pertama vaksinasi telah diberikan pada 27 Julai di Depoh Imigresen Bekenu di Sarawak yang melibatkan 393 banduan dan dos kedua diberikan pada 17 Ogos (377) di lokasi yang sama.
“Berdasarkan statistik sehingga 11 Oktober, jumlah keseluruhan banduan di depoh imigresen yang menerima dos pertama ialah 112,324 orang dan seramai 3,379 telah mendapat dos kedua,” katanya.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM