DuniaSemasa

4 tahanan Palestin mogok lapar tuntut kebebasan

Walaupun mengalami kemerosotan dari segi kesihatan, empat tahanan Palestin di penjara Israel meneruskan mogok lapar sebagai bantahan penahanan pentadbiran yang tidak adil tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Keadaan kesihatan empat tahanan yang menahan lapar semakin merosot dengan teruk, kerana mereka mengalami keletihan, sakit kepala, penurunan berat badan, degupan jantung yang tidak teratur dan penurunan serius dalam cecair badan dan vitamin.

Individu yang paling lama mogok lapar ialah Kayed Fasfous, iaitu selama 131 hari sehingga kehilangan lebih 40 kilogram berat badannya, dan mengalami kesakitan di seluruh badannya.

Dia kadang-kadang tidak sedarkan diri, dan dia mengalami penyakit jantung, dan tekanan darah rendah.

Keluarga Fasfous berkata bahawa doktor memaklumkan bahawa dia hampir mati mengejut dan mereka melihat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan darah beku.

Fasfous kini ditahan di Hospital Barzilai, dan selepas menangguhkan penahanan pentadbirannya pada 14 Oktober, pihak berkuasa penceroboh Israel menyambung semula penahanannya pada 29 Oktober.

Pihak berkuasa Israel enggan membebaskannya walaupun dia mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Tinggi Israel menolak rayuan buat kali keempat untuk membebaskan Fasfous.

4 tahanan mogok lapar ialah:
•Kayed Fasfous (131 hari mogok lapar)
•Hisham abu Hawash (98 hari mogok lapar)
•Ayyad Harimi (61 hari mogok lapar)
•Loay Alashqar (43 hari mogok lapar)

Untuk rekod, lebih 45 tahanan Palestin memulakan mogok lapar sejak awal 2021, sebagai protes terhadap penahanan Israel tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Penahanan pentadbiran adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa, namun, negara pendudukan menggunakannya untuk menindas rakyat Palestin.

‘Israel’ secara rutin menggunakan penahanan pentadbiran dan telah, selama bertahun-tahun, meletakkan ribuan rakyat Palestin di dalam penjara untuk tempoh beberapa bulan hingga beberapa tahun, tanpa tuduhan bukti yang didakwa kepada mereka atau kepada peguam mereka.

Oleh itu, mogok lapar adalah kaedah penentangan tanpa kekerasan yang digunakan oleh warga Palestin untuk melindungi nyawa mereka dan hak asasi mereka dan tindak balas terhadap dasar perkauman pendudukan yang mereka hadapi di penjara.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button