DuniaSemasa

Mayat lelaki masih bernafas selepas disahkan mati dalam kemalangan

NEW DELHI : Seorang lelaki India mengejutkan saudara-maranya apabila didapati masih bernafas selepas disahkan mati dalam kemalangan jalan raya walaupun semalaman ditempatkan di bilik mayat hospital.

 

Lelaki tersebut, Srikesh Kumar, 45, terlibat dalam kemalangan motorsikal di Moradabad dan dikejarkan ke klinik dalam keadaan kritikal.

 

Dia disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba di sebuah perubatan swasta.

 

Penguasa perubatan, Rajendra Kumar, memberitahu AFP bahawa Jumaat lalu, ‘mayat’ Srikesh dibawa ke hospital kerajaan untuk proses bedah siasat, di mana pegawai perubatan kecemasan memeriksanya.

 

“Doktor kerajaan juga tidak menemui sebarang tanda menunjukkan pemuda itu masih hidup dan dengan itu mengisytiharkan kematiannya.

“Menurut doktor berkenaan, polis turut dimaklumkan berhubung kes kematian itu dan mayatnya dimasukkan ke dalam peti sejuk bilik mayat sehingga keluarga pemuda itu tiba enam jam kemudian.

“Ini sudah tentu satu perkara yang sangat ajaib apabila sepasukan polis dan keluarganya datang untuk membuka kertas kerja berhubung bedah siasat itu, dia ditemui masih hidup ,” katanya.

 

Rajendra turut memberitahu, Srikesh kini sedang menjalani rawatan lanjut dan masih dalam keadaan koma.

 

Sementara itu, siasatan sedang dijalankan susulan kesilapan membabitkan pengesahan kematian dilakukan oleh doktor yang bertugas.

 

– AGENSI

 

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button