Mengamalkan diet 5:2, iaitu puasa yang dilakukan secara berselang-seli dianggap amalan paling berkesan berdasarkan kajian oleh penyelidik mengikut pendekatan tradisional untuk menurunkan berat badan.
Menurut ahli psikologi kesihatan bertauliah dan penyelidik kanan di Queen, Katie Myers Smith, mereka turut mendapati bahawa pengguna lebih suka pendekatan ini kerana ia lebih mudah untuk diamalkan.
Ia seiring dengan puasa sunat yang sering menjadi amalan oleh umat Islam setiap Isnin dan Khamis.
Islam menggalakkan kita agar berpuasa sunat pada hari isnin, kerana pada hari itu Baginda dilahirkan. Baginda dilantik menjadi Rasul dan hari itu juga al-Qur’an diturunkan kepada Baginda.
Daripada Abu Qatadah RA, Baginda SAW ditanya mengenai puasa pada hari Isnin. Baginda pun menjawab: “Hari Isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan Allah menurunkan Al-Quran kepadaku.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sebagaimana yang kita ketahui, keberkatan pada hari Isnin itu sangat banyak. Ia merupakan hari di mana Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Ia juga adalah hari di mana Baginda telah dilantik sebagai rasul dan Allah telah menurunkan Al-Quran kepadanya.
Kajian itu melibatkan 300 individu yang mengalami obesiti di kawasan luar bandar Tower Hamlets di London.
Para peserta sama ada mengikut diet 5:2 atau pendekatan yang lebih konvensional untuk menurunkan berat badan yang menekankan pengambilan banyak sayur-sayuran dan makanan bijirin, mengurangkan makanan mengandungi gula yang tinggi dan berlemak, makan dalam kuantiti yang kecil serta amalkan bersenam.
Keputusan kedua-dua pendekatan adalah sama dan “sederhana,” kata kajian itu.
Dalam tempoh enam bulan, mereka yang menggunakan diet 5:2 telah kehilangan, secara purata, 1.8 kilogram (4 paun) berbanding 1.7 kilogram (3.7 paun) mengikut nasihat diet standard.
Untuk tempoh 12 bulan juga, angka tersebut masing-masing ialah 1.9 kilogram (4.2 paun) dan 1.8 kilogram (4 paun).
Kira-kira 18% daripada pengamal diet 5:2 telah kehilangan sekurang-kurangnya 5% berat badan mereka selepas setahun berbanding 15% menggunakan pendekatan konvensional.
Peserta bersifat positif tentang perbezaan pendekatan penurunan berat badan, tetapi mereka yang menjalani diet 5:2 lebih cenderung untuk mengesyorkannya kepada orang lain dan berkata mereka lebih cenderung untuk meneruskan pendekatan itu.
Puasa berselang-seli boleh mengurangkan tekanan darah, membantu dalam penurunan berat badan, dan meningkatkan umur panjang, kajian semula kajian haiwan dan manusia lepas yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mencadangkan.
Maka jelaslah bahawa amalan yang disunatkan dalam Islam benar-benar memberi manfaat kepada orang ramai berdasarkan kajian oleh pakar tersebut.
Ia bukan sahaja membantu dari segi kesihatan manusia, malah melatih & mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita & kurang bernasib baik kehidupan mereka.
Diriwayatkan bahawa hari Isnin dan Khamis merupakan hari di mana amalan-amalan kita dibentangkan di hadapan Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Maksud: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 747)
Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki di samping mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan & perbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
Oleh Hafeez Anuar