Semasa

Semua tabika, taska Kemas beroperasi sepenuhnya Januari depan

BUTTERWORTH : Menjelang Januari tahun hadapan, semua aman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan kembali beroperasi sepenuhnya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pengumuman tersebut melibatkan 10,301 kelas Tabika dan 544 kelas Taska itu mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“KEMAS telah mengambil semua inisiatif yang sepatutnya bagi memastikan tahap keselamatan kanak-kanak pada tahap yang baik.

“Justeru, ibu bapa tidak perlu rasa bimbang untuk menghantar anak-anak berikutan semua institusi pendidikan awal ketika ini beroperasi mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan ditetapkan.

“Kami menjangkakan awal tahun depan semua Tabika dan Taska Kemas akan beroperasi sepenuhnya. Apapun, kita telah membuat persiapan yang sepatutnya dengan guru-guru pun semua telah lengkap divaksin ketika ini,” katanya.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button