COVID-19 : 6,377 kes jangkitan baharu
KUALA LUMPUR : Kes Covid-19 hari ini mencatatkan pertambahan dengan merekodkan sejumlah 6,377 kes dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan kes ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,454,749 kes.
Sehingga 28 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,377 kes (2,454,749 kes).
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 28, 2021
Menurut perkongsian data COVIDNOW, setakat semalam kadar kematian merekodkan pertambahan sebanyak 98 kes termasuk 32 kes Brought In Dead (BID).
Oleh Nurshazlin Shahrom