Dunia

Guru keluar kenyataan berbaur perkauman digantung tugas

NEW JERSEY : Seorang pembantu pengajar New Jersey telah digantung tugas kerana didakwa memberitahu pelajar sekolah menengah Arab Amerika “kami tidak berunding dengan pengganas” apabila dia meminta lebih masa untuk menyiapkan tugasan.

Mohammed Zubi, 17, mendakwa kejadian itu berlaku di Ridgefield Memorial High School apabila dia mengangkat tangan semasa kelas matematiknya untuk meminta masa tambahan.

Pelajar senior yang beragama Islam itu memberitahu CNN bahawa pembantu pengajar yang namanya tidak didedahkan itu segera membalas dengan kenyataan pengganas itu.

“Saya melihat sekeliling tanpa mampu berkata apa-apa dan berasa amat terkejut apa yang diperkatakan olehnya,” kata Zubi.

Zubi berkata dia menoleh ke arah gadis yang duduk di belakangnya untuk mengesahkan dia mendengar apa yang disebut oleh guru itu betul.

Namun, guru berkenaan kemudian mendekatinya beberapa minit kemudian mengatakan dia tidak bermaksud untuk bercakap sedemikian, menurut Zubi.

“Dalam fikiran saya, apakah cara lain yang boleh dia maksudkan?” Zubi berkata.

Pelajar tersebut hanya kembali ke sekolah Isnin berikutan insiden yang didakwa itu dan menuntut permohonan maaf secara terbuka.

Sekolah daerah Ridgefield itu tidak mendedahkan butiran sebenar kejadian itu tetapi mengesahkan guru itu telah digantung sementara menunggu siasatan penuh.

“Sekolah Ridgefield tidak sama sekali bertolak ansur terhadap sebarang bentuk diskriminasi terhadap mana-mana pelajar atau kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button