DuniaSemasa

Wartawan Nigeria desak pihak berkuasa siasat rakan sekerja hilang sejak dua minggu

Sekumpulan wartawan di Nigeria melaksanakan protes bagi menuntut pihak berkuasa menyiasat kehilangan seorang rakan sekerja yang hilang sejak dua minggu lalu.

Wartawan akhbar bebas Vanguard, Tordue Salem kali terakhir dilihat pada 13 Oktober selepas meninggalkan bangunan perhimpunan negara.

Usaha keluarga, rakan dan rakan sekerja untuk mencari wartawan tidak membuah hasil.

Punca kehilangan mengejut Salem masih lagi tidak diketahui, namun jumlah kes penculikan jenayah untuk wang tebusan sejak kebelakangan menunjukkan peningkatan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kehilangan wartawan itu tetapi rakan-rakannya berkata mereka bimbang pasukan keselamatan terlibat dalam kes kehilangan Salem.

Isnin lalu, wartawan yang berpusat di Abuja mengadakan protes di ibu negara untuk menuntut pembebasannya.

Dengan berpakaian hitam, penunjuk perasaan membawa plakad yang tertulis “Kewartawanan Bukan Jenayah,” “Bebas Akhbar,” dan “Berhenti Menyerang Wartawan.”

Mereka berarak ke pintu pagar ibu pejabat polis di mana mereka menuntut tindakan segera terhadap wartawan yang hilang itu.

Sementara itu, seorang lagi wartawan, Jones Abiri, yang ditahan selama lebih dua tahun oleh pasukan keselamatan negara tanpa perbicaraan dibebaskan hanya selepas menerima desakan dari kumpulan hak asasi tempatan dan antarabangsa.

-ANADOLU AGENCY

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button