Semasa

Telefon bimbit wartawan diragut semasa sedang live

EGYPT : Pada 20 Oktober, seorang wartawan Al-Jazeera di Egypt mendokumentasikan kejadian gempa bumi secara langsung di Facebook.

Ketika kejadian berlaku, telefon bimbit wartawan dirampas seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal secara tiba-tiba.

Namun, siaran langsung tersebut masih disiarkan dan ditontoni ramai netizen pada ketika itu.

Wajah pencuri itu dapat dikesan melalui alat elektronik yang canggih serta dapat ditangkap skrin oleh penonton-penoton siaran berlangsung.

Menurut perkembangan dari Al-Jazeera, majikan wartawan sudah melaporkan kes kecurian dan membuat aduan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, beberapa pengguna Facebook telah memberi komen mengenai video tersebut dari segi komen yang memberi nasihat, komen yang lucu dan komen yang memberi pandangan masing-masing dan sebagainya.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button