
Ukiran batu yang disangka hiasan taman semata-mata, rupanya bernilai AS$265,510 (RM1.2 juta) !
Menurut sebuah rumah lelongan, artifak tersebut berusia berjuta-juta tahun dan terbukti tinggalan Mesir purba yang dijumpai di sebuah taman di Sudbury, Suffolk, timur England.
Pengendali lelongan James Mander kepada CNN berkata, patung yang agak uzur dimamah usia itu digunakan untuk menghiasi halaman rumah tersebut dibeli dengan harga hanya beberapa ratus pound di satu lelongan lain beberapa tahun dulu.
Rumah lelongan itu percaya ia hanyalah replika tinggalan Mesir purba pada abad ke-18.

“Kami langsung tidak mempersoalkannya dan memulakan lelongan pada harga AS$410 hingga AS$680. Kemudian lelongan itu mula menggila,” jelasnya lagi.
Dalam masa hanya 15 minit, beberapa pembeli di telefon dan internet menawarkan harga sehingga mencecah 195,000 pounds.
“Pakar berpandangan ia adalah contoh tinggalan Mesir purba tulen yang melangkaui replika abad ke-18,” kata rumah lelongan itu dalam satu kenyataan.
“Di mana agaknya ia berada sejak 5,000 tahun lalu. Penemuan ini agak menakjubkan,” katanya.
Oleh Nurshazlin Shahrom