Anak perempuan sulung Bill Gates kahwin dengan jejaka Muslim
NEW YORK : Pemuda Muslim yang berasal dari Mesir menjadi pilihan anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates sebagai teman hidupnya.
Jennifer, 25, dilaporkan melangsungkan perkahwinan dengan Nayel Nassar, 30, di New York dalam satu majlis kecil-kecilan mengikut Islam yang diadakan secara rahsia.
Ladang kuda milik anak perempuan Gates yang memiliki keluasan 57.46 hektar di North Salem, New York menjadi tempat majlis resepsi kecil-kecilan
Manakala majlis besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York dengan kehadiran 300 tetamu dan menelan kos kira-kira AS$2 juta (RM8.34 juta).
Anak perempuan Gates itu meminta mereka yang datang ke majlis perkahwinan tersebut mendapatkan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Gates dan bekas isterinya, Melinda yang mengumumkan perceraian pada Ogos lalu memuat naik gambar-gambar perkahwinan anak perempuan sulung mereka itu di laman Instagram masing-masing.
Untuk rekod, suami Jennifer itu pernah menjadi wakil Mesir dalam beberapa pertandingan ekuestrian dan yang terbaharu mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik di Jepun.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, cinta mula berputik antara Jennifer dan Nassar yang memiliki syarikat perniagaan sendiri ketika mereka menuntut di Universiti Standford.
Namun, setakat ini masih tidak diketahui sama ada Jennifer sudah menganut agama Islam atau tidak walaupun majlis kecil-kecilan secara Islam diadakan.
– AGENSI
Oleh Hafeez Anuar