Semasa

Kasih Ibu kekal ke syurga, kasih bapa kekal selamanya

REMBAU : Sepasang suami isteri nekad berhenti kerja bagi memberi tumpuan terhadap anak bongsunya, Muhd Munir Mustafar,31, yang  menjadi orang kurang upaya (OKU) akibat kemalangan sembilan tahun lalu.

Munir ketika itu adalah pelajar tahun akhir Kolej Yayasan Negeri Sembilan dalam perjalanan mengambil peperiksaan semester akhir. Namun, nasib yang tidak menyebelahi Munir apabila terlibat dalam kemalangan yang teruk.

Ayah Munir, Mustafar Aidin, 69, tidak mampu menjaga anaknya seorang diri kerana beliau baru saja sembuh daripada pembedahan akibat masalah angin pasang.

Mustafar juga perlukan bantuan ayah dan ibunya untuk makan dan memapahnya ke bilik air.

“Keadaan Munir menyebabkan dia banyak bergantung kepada saya dan ibunya untuk bergerak termasuk ketika makan, minum susu, mahupun ke tandas,” kata Mustafar.

Menurut Mustafar, dia bergantung sepenuhnya pada pendapatan pencen dan bantuan Yayasan Negeri Sembilan bagi membeli bara­ngan keperluan, namun jumlah itu tidak mencukupi.

Tambah Mustafar, dia reda dan menganggap bebanan yang dipikul itu sebagai ujian hidup.

Pihak Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memberi bantuan kepada keluarga Mustafar bagi meringankan beban Mustafar dan isterinya.

Encik Muhd Sufi Mustapha pengasas Geng Ngaji berkata,

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAPIM  kerana masyarakat di sini amat memerlukan bantuan dengan keadaan pandemik COVID19 menyebabkan masyarakat kekurangan makanan dan berasa tertekan. Semoga Geng Ngaji dapat bekerjasama dengan MAPIM untuk teruskan bantu masyarakat yang memerlukan.”

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Sumbangan infaq TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA boleh disalurkan menerusi :

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button