Semasa

Jumlah kes pesakit Tibi global meningkat berikutan pandemik Covid-19: WHO

GENEVA : Berikutan gangguan terhadap akses penjagaan kesihatan disebabkan pandemik Covid-19, kes jangkitan tuberculosis (Tibi) global menunjukkan peningkatan sejak sedekad lalu.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ia adalah berita merisaukan yang memaksa agar dunia bertindak segera bagi pelaburan dan inovasi untuk menutup jurang diagnosis, rawatan dan penjagaan terhadap jutaan individu yang dijangkiti penyakit ini,

Walau bagaimanapun, ia masih dapat dicegah dan disembuhkan.

Dalam laporan tahunan Tibi 2020, WHO memberitahu usaha mengawal penyakit itu mula merosot disebabkan peningkatan jumlah kes yang tidak didiagnosis dan dirawat dengan sempurna.

“Laporan ini mengesahkan kebimbangan kami bahawa gangguan perkhidmatan kesihatan berlaku kerana Covid-19 biarpun kemajuan sudah dicapai sejak bertahun-bertahun lalu dalam mengawal Tibi,” kata Tedros.

Sekitar 4.1 juta individu dianggarkan menghidap Tibi namun belum didiagnosis atau didedahkan secara rasmi, meningkat begitu ketara berbanding 2.9 juta pada 2019.

Dana kesihatan banyak diguna alih bagi menanangani pandemik menyebabkan keadaan bagi pengidap Tibi semakin teruk dan pesakit berdepan kekangan untuk mendapatkan rawatan disebabkan sekatan.

Mengulas lanjut, sebanyak 2.8 juta orang pada 2020 telah mendapatkan rawatan pencegahan, justeru ia menunjukkan penurunan sebanyak 21 peratus berbanging 2019.

Laporan WHO itu turut menyebut, kira-kira 1.5 juta orang meninggal dunia akibat Tibi pada 2020, termasuk 214, 000 di antara mereka positif HIV.

Jumlah itu meningkat berbanding 1.2 juta pada 2019, dengan 209,000 daripadanya positif HIV.

Selain itu, laporan itu menyebut, peningkatan jumlah kematian akibat Tibi berlaku terutamanya di 30 negara yang merekod kadar tertinggi kes Tibi.

Laporan WHO itu turut mendedahkan, perbelanjaan global bagi diagnosis, rawatan dan pencegahan Tibi menunrun dari AS$5.8 bilion (RM24 bilion) pada 2019 kepada AS$5.3 bilion (RM22 bilion) setahun kemudian.

Untuk rekod, penyakit jenis Tibi berjangkit paling membunuh selepas Covid-19, disebabkan serangan bakteria terhadap paru-paru dan mudah disebar melalui udara oleh individu dijangkiti, contohnya menerusi batuk.

Sebilangan besar kes Tibi berlaku di 30 negara, kebanyakannya negara miskin di Afrika dan Asia, dan lebih daripada separuh kes baru menjangkiti lelaki dewasa.

Wanita menyumbang 33 peratus kes jangkitan sementara kanak-kanak, 11 peratus.

Matlamat WHO adalah untuk mengurangkan kematian akibat Tibi sehingga 90 peratus dan kadar jangkitan 80 peratus menjelang 2030 berbanding 2015, namun angka jangkitan terbaru menggugat usaha itu.

Kira-kira 85 peratus mereka yang menghidap penyakit Tibi berjaya dirawat dalam enam bulan menerusi penggunaan ubat yang berkesan.

– AGENSI

 

Related Articles

Back to top button