9 ditahan tentera Lubnan dalam insiden keganasan Beirut
BEIRUT : Tentera Lubnan menahan sembilan orang termasuk seorang warga Syria, berikutan insiden tembakan meletus di Beirut pada Khamis.
Dalam satu kenyataan di Twitter, pihak tentera mengatakan bahawa mereka telah mempertingkatkan kekuatan anggotanya di kawasan pertempuran setelah individu bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anggota kumpulan Hezbollah dan Pergerakan Amal.
Ia juga menambah bahawa komando tentera telah menghubungi pihak yang terlibat untuk membendung keadaan dan mencegah pertempuran yang lebih luas.
Terdahulu, individu bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah tunjuk perasaan yang berlaku di Istana Kehakiman dan meragut sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 32 yang lain.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menuntut penyingkitan Tarek Bitar, hakim yang mengetuai siasatan letupan pelabuhan Beirut tahun lalu, ketika pihak pengadilan menolak dakwaan terhadapnya dan memberi kebenaran untuk meneruskan penyelidikan.
Mengulas lanjut, Hezbollah dan Amal mengeluarkan kenyataan bersama yang menuduh “kumpulan bersenjata” gabungan bersama parti Angkatan Lubnan, yang dipimpin oleh Samir Geagea, bersekongkol dalam serangan itu.
Tentera Lubnan mengatakan dalam satu kenyataan bahawa penunjuk perasaan diserang ketika menuju ke Istana Kehakiman.
Letupan pelabuhan Beirut pada Ogos 2020 mengorbankan lebih 200 orang, mencederakan sekitar 6,000 orang, manakala sekitar 300.000 kehilangan tempat tinggal, selain menyebabkan kerosakan besar dan melemahkan lagi ekonomi Lubnan yang sudah rapuh.