DuniaSemasa

UNICEF bimbang keselamatan 1,000 wanita dan kanak-kanak migran di Libya

TRIPOLI : Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak migran yang ditahan di pusat tahanan di Libya, Tripoli, lapor Xinhua.

UNICEF dalam satu kenyataan mengatakan keselamatan dan kesejahteraan sekurang-kurangnya 1,000 wanita dan kanak-kanak, termasuk lima kanak-kanak tanpa penjaga dan 30 bayi berada dalam keadaan membimbangkan.

Kira-kira 751 wanita dan 255 kanak-kanak migran serta pencari suaka ditahan dalam operasi tangkapan besar-besaran pihak berkuasa baru-baru ini.

“Kanak-kanak migran dan pelarian di Libya terus berdepan dengan pelanggaran hak yang sewajarnya, lebih jelas apabila mereka  ditahan sewenang-wenangnya.” kata wakil khas UNICEF ke Libya, Cristina Brugiolo.

Sehubungan itu, UNICEF dan agensi kemanusiaan  lain mendesak pihak berkuasa Libya melindungi kanak-kanak tersebut dan tidak memisahkan mereka dari ibu bapa, penjaga dan keluarga.

Selain itu, UNICEF turut meminta pembebasan segera semua kanak-kanak di pusat tahanan di seluruh Libya.

“UNICEF bersedia bersama dengan rakan kongsi untuk memberikan sokongan teknikal, termasuk mengaturkan pemberian rawatan alternatif untuk kanak-kanak yang ditahan,” kata Brugiolo

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button