DuniaKesihatanSemasa

Jepun kenal pasti virus baharu

Para saintis di Jepun telah menemui satu lagi virus baharu.

Virus Yezo merebak melalui gigitan kutu, yang mengakibatkan demam dan pengurangan platelet darah merah dan sel darah putih.

“Sekurang-kurangnya tujuh orang telah dijangkiti virus baharu ini di Jepun sejak 2014, tetapi setakati ini tiada kematian yang disebabkan virus ini,” kata Keita Matsuno, seorang ahli virologi di Institut Antarabangsa Universiti Hokkaido.

Pada tahun 2019, seorang lelaki berusia 41 tahun dimasukkan ke hospital kerana demam dan sakit kaki selepas digigit kutu sewaktu berjalan di  sebuah hutan tempatan di Hokkaido, Jepun. Setelah dia dirawat selama dua minggu di hospital, keputusan ujian menunjukkan dia dijangkiti virus yang belum dikenalpasti sebelum ini.

Pada tahun berikutnya, seorang pesakit lain dirawat dengan gejala yang sama.

Analisis genetik virus dalam sampel darah daripada kedua-dua pesakit tersebut dikenal pasti sebagai virus Yezo.

Para penyelidik kemudian beralih untuk mencari sumber virus dan menemui antibodi untuk virus di rusa sika Hokkaido dan rakun, dan RNA Yezo pada tiga spesies kutu utama di Hokkaido.

“Virus Yezo telah menular di sekitar Hokkaido, dan kemungkinan besar virus tersebut disebarkan kepada manusia dari haiwan melalui kutu, dan akan mengakibatkan demam yang luar biasa.” kata Matsuno.

Para penyelidik menegaskan bahawa lebih banyak hospital perlu mengkaji  virus pada pesakit yang mempunyai gejala yang menunjukkan jangkitan Yezo.

Virus Yezo paling erat kaitannya dengan virus Sulina dan virus Tamdy, yang masing-masing telah dikesan di Romania dan Uzbekistan.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button