KUALA LUMPUR : Kelonggaran pergerakan rentas negeri beberapa hari lagi bakal diputuskan pihak kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga penjarakan sosial termasuk individu yang sudah lengkap divaksin.
Tambah beliau, ujian saringan Covid-19 secara kendiri menggunakan air liur mestilah kerap dijalankan, bagi menjaga keselamatan individu tersayang, terutamanya jika pulang ke kampung halaman.
“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya melalui Twitter, hari ini.
In next couple of days interstate travel restriction will be lifted. It’s important to take all precautions like wearing a mask, washing yr hands & physical distancing even for those vaccinated
In keeping yr loved ones & family safe, please do periodic saliva RTK Ag self-testing
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 6, 2021
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.
Oleh Nurshazlin Shahrom