DuniaSemasa

Israel ‘kantoi’ curi buah zaiton dari kebun Palestin

SALFIT : Aksi mencurigakan sekumpulan ‘pendatang’ Israel tertangkap dalam sebuah rakaman video menyaksikan penceroboh tersebut memasuki kebun tanaman pokok buah zaitun milik warga Palestin di utara bandar Salfit, Tebing Barat.

Dalam laporan Quds Network, penduduk tempatan memaklumkan lebih dari 26 pokok buah zaitun dicuri penceroboh itu.

Sekitar 10,000 pokok buah zaitun ditanam oleh penduduk Palestin di Tebing Barat setiap tahun dan kebanyakannya digunakan bagi sektor pengeluaran minyak.

Selain itu, rakyat Palestin beranggapan kemusnahan  dan  pencerobohan tanah ini merupakan agenda Israel untuk memaksa  mereka menyerahkan lebih banyak tanah kepada rejim Zionis, sekaligus, menghapuskan penempatan mereka.

Menurut pemantau Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 2020, lebih daripada 4,000 pokok buah zaitun dan tanaman pokok lain telah dibakar atau dimusnahkan pendatang Israel.

Turut diberitahu Israel telah mencabut dan merosakkan kira-kira 6,507 pokok dalam 869 operasi ‘haram’ mereka.

Sementara itu, terdapat hampir 700,000 pendatang Israel tinggal di 256 penempatan haram di seberang Tebing Barat yang dijajah, termasuk Baitulmuqaddis.

Di Salfit, pihak berkuasa Israel terus menerus  menyita lebih banyak tanah di kawasan tersebut untuk dijadikan penempatan haram Israel dengan membangunkan puluhan unit di atas tanah Palestin.

Quds melaporkan peratusan tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan Palestin di wilayah itu hanya sekitar 6% berbanding 9% diperuntukkan untuk pendatang Israel.

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button