Covid19Semasa

90 peratus pelajar berusia 17 dan 16 tahun terima satu dos vaksin

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dalam kalangan pelajar berusia 17 dan 16 tahun masing-masing merekodkan kira-kira 90 dan 88 peratus sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dijalankan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan Twitter miliknya, peratusan tinggi vaksinasi itu sekurang-kurangnya menjadikan pembukaan sekolah secara berperingkat, berada dalam keadaan selamat.

“Marilah kita memastikan anak-anak kita kembali ke sekolah dalam keadaan selamat dengan mendapatkan vaksin masing-masing,” katanya.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button