Semasa

Air banjir merah akibat bekas sisa pewarna kilang tekstil usang

JOHOR BAHRU : Siasatan mengenai kejadian banjir di Kampung Seri Serdang Baru, di sini mendapati air berwarna merah tersebut berpunca dari sebuah kilang tekstil usang yang terletak berhampiran kampung mereka.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan berkata terdapat tumpahan dari bekas sisa pewarna lama yang ditinggalkan di dalam kawasan kilang.

http://

“Tumpahan ini dipercayai disebabkan hujan lebat dan struktur kilang yang tidak berbumbung selain bekas (beg) penyimpanan pigmen warna yang sudah reput.

“Pemilik kilang memaklumkan bahawa premis tersebut telah wujud sekitar tahun 1940an dengan keluasan 21 ekar dan tidak lagi menjalankan sebarang aktiviti kerana telah menghentikan operasi pada tahun 2000,” katanya.

Mengulas lanjut, air banjir mulai surut sekitar jam 4.15 petang dan pemerhatian mendapati tiada lagi warna merah pada air banjir tersebut.

Dalam pada itu, JAS Negeri Johor telah mengeluarkan arahan lapangan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37 AKAS kepada pemilik kilang supaya kerja-kerja pembersihan dan pelupusan segera dilakukan.

“Pihak kilang telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemindahan sisa-sisa tumpahan dan bangunan tersebut telah ditutup dengan kanvas pada 30 September 2021 sehingga selesai,” menurutnya.

Oleh Hafeez Anuar

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button